Sunday, March 14, 2010


Simunjan adalah daerah tempat tinggal bagi saya.Saya lahir di Simunjan pada tahun 1997.Menurut sejarah yang saya dapati dan kumpul dari sumber-sumber yang saya perolehi,perkataan Simunjan diilhamkan dari perkataan Melayu Sarawak.Penduduknya padat dan berselerak.Penduduk asalnya dari seberang iaitu kawasan Ensengei dan berhijrah ke Simunjan.Pada zaman dahulu,penduduknya bekerja di lombong arang batu.Mengikut sejarah Simunjan,para penduduk zaman dahulu menggunakan mancis untuk membakar arang batu tetapi cuaca pada masa itu sering dilanda cuaca hujan.Oleh itu,mancis yang digunakan untuk membakar arang batu itu menjadi lembap dan basah.Disebabkan itulah,mancis yang lembap itu dipanggil dengan bahasa Melayu-Sarawak,ia dipanggil 'semun'.Ketika itulah kawasan itu digelar Simunjan.

Didapati juga kisah yang merungkai sejarah Simunjan ini,nama Simunjan ini berasal dari cerita pedagang Cina yang belayar ke kawasan itu.Pedagang Cina itu berlabuh di Sungai Simunjan dengan kapal Wangkong.Pedagang tersebut membawa muatan garam dan tembakau yang dikenali sebagai perkataan 'jan'.Ketika berlabuh,beliau menjemur muatannya atau 'jan' sedangkan waktu itu cuaca mendung.Tiba-tiba seorang pemuda Melayu-Sarawak datang ke arah pedagang Cina itu sambil tersenyum.Lalu beliau berkata,"Semunlah jan kau itu".Dari perbualan pemuda Melayu-Sarawak dengan pedagang Cina itu,perkataan 'semun' dan 'jan' itu digabungkan menjadi satu nama kawasan itu.Disitu lah lahirnya perkataan Semunjan.Walaupun masa telah berlalu dari tahun ke tahun,perkataan itu selalu disebut 'Simunjan',namun penduduk tempatan sering memanggil daerah ini 'Semunjan'.

No comments:

Post a Comment