Sunday, March 14, 2010

Jangan!(Kasut Kelopak Jantung)



Jangan bawa pergi anakku!
Aku masih mencintai anakku!
Permata hati belahan jiwa
pembalut luka dan penghibur lara
satu-satunya pujaan hati.
Jangan kau bawa lari anakku!
Kerana tidak boleh berpisah
antara aku dengannya
hidupku dan selalu menjadi mata hatiku
pilu terasa,rapat dada
bila cinta anakku kau pisah suka
sakit diri,perih terasa
akan lupa apa saja dibuatnya
cinta ayah pada anak
mungkin lebih dari cinta ibunya.
Jangan bawa pergi anakku!
akan ku cari di mana pun dia kini.
SULASTRI ABADI
Hadirnya Antara Kita,2007.
Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd.

No comments:

Post a Comment